Pernah bayangkan apa perasaan kehilangan orang tersayang?
Pernah bayangkan apakah kesudahannya jika ada yang sudi menyelamatkan orang tersayang kita dengan mendermakan organ?
Pernah bayangkan betapa kita mementingkan diri sendiri dan hanya mengharapkan bantuan dari orang lain namun diri masih kedekut untuk dermakan organ untuk membantu orang yang memerlukan?
Pernah bayangkan apa jasad kita akan kekal abadi?
Pernah bayangkan apakah jihad yang pernah dilakukan di dunia ini?
Pernah bayangkan apa amal yang diredhai Allah s.w.t.?
... ...
Apabila kehilangan orang tersayang, betapa kita berharap masih ada walaupun hanya sedikit masa, untuk meminta ampun, dan melayannya dengan lebih baik...alangkah baik jika dia masih boleh diselamatkan dan terus hidup... selfish.
Apabila nyawa saudara kita diselamatkan dengan menerima pendermaan organ orang lain, kita bersyukur pada Allah s.w.t., namun kita masih sombong dan kedekut untuk mengikat janji untuk melakukan perkara yang sama... angkuh.
Apabila jahil melebihi iman, apabila hati melebihi akal... mementingkan diri sendiri hanya satu 'konsep' yang logik... duniawi.
Apabila nyawa telah dicabut, jasad akan kembali ke tanah, dan orang yang amat memerlukan pertolongan kita, terlantar di hospital, tunggu masa untuk nyawa dicabut pula... Pendermaan organ dibuat setelah kita meninggal dunia, jadi, saudara saudari tak perlu takut 'tengok jarum', tak perlu bagi alasan 'takut sakit'... kompromi.
Apabila hidup di dunia yang moden ini, ditafsirkan jihad hanya berperang, berpuasa dan menegakkan agama... berapa orang dari golongan kita yang benar2 menyelami erti kata jihad? Selamatkan nyawa orang lain juga merupakan jihad, namun kita tahu tapi enggan melakukannya... hipokrit.
Apabila soal amal, hanya Allah yang layak menilai... moga cukup bekal kita ke akhirat kelak.
Hui Yi Cetus Kesedaran
Oleh: NURUL ANUAR KARI
Dec,30 Utusan Malaysia
TAHUN 2007 menyaksikan naik turun, kejayaan dan kegagalan dalam
dunia transplantasi (pemindahan) organ di Malaysia. Kejayaan telah dicapai oleh
seorang remaja dengan kisah suka duka bersama jantung mekanikal kedua negara,
Tee Hui Yi, 14, yang akhirnya berjaya mendapat penderma jantung, bukan seorang
malahan dua orang dalam masa dua hari pada 3 dan 4 Oktober 2007. Kisah Hui Yi
bermula pada 2004 apabila keadaan kesihatannya yang terus merosot menyebabkan
dia terpaksa meninggalkan alam persekolahan dan dimasukkan ke hospital.
Keluarga Hui Yi kemudian dirujukkan ke IJN yang mencadangkan dia melalui pembedahan untuk memasang alat pembantu denyutan jantung (PVAD) bagi menyokong fungsi ventrikel kiri jantungnya yang semakin lemah. Berbekalkan pengalaman pakar bedar kardiotorasik IJN memasang alat serupa kepada Mohd. Fikri Nor Azmi, 15, pada Julai 2005, Hui Yi menjalai pembedahan tersebut dan menjadi penerima jantung mekanikal kedua negara pada 26 September 2006. Selepas pulih daripada pembedahan itu, Hui Yi banyak menghabiskan masa untuk pulih di wad IJN sambil sesekali diberikan kebenaran untuk melawat beberapa tempat menarik sekitar Kuala Lumpur.
Berbeza dengan nasib Mohd. Fikri yang mendapat penderma jantung sesuai pada 17 Disember 2005, hanya selepas lima bulan menunggu, Hui Yi masih terus menunggu selepas satu tahun berlalu. Hui Yi yang jarang dapat keluar dari wad IJN sepanjang penantiannya itu juga mula menunjukkan tanda-tanda kecewa dan kurang harapan untuk menemui penderma yang sesuai sebelum tempoh alat PVAD itu berfungsi tamat. Ini menyebabkan keluarga remaja itu dan para doktor serta kakitangan IJN semakin bimbang melihatkan tahap kesihatan dan berat badannya semakin menurun.
Pada 29 September 2007, media kembali bertumpu kepada Hui Yi ketika dia melangkau tempoh satu tahun hidup menggunakan ‘jantung besi’. Melihatkan kesayuan di wajahnya ketika itu menyebabkan semua yang hadir menitiskan air mata dan mengorak langkah untuk membantu. Media cetak dan elektronik, orang kenamaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga orang ramai turut serta dalam kerjasama besar-besaran untuk mendapatkan penderma yang sesuai untuk Hui Yi.
Sinar harapan muncul empat hari kemudian dengan kesediaan sebuah keluarga mendermakan organ ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Bukan sahaja jantung, keluarga penderma turut bersetuju menderma paru-paru, hati dan buah pinggang untuk menyelamatkan ramai pesakit yang memerlukannya. Bagaimanapun, kejayaan ini menemui batu penghalang apabila berlaku penolakan terhadap organ itu selepas beberapa jam pembedahan dijalankan sehingga menyebabkan nyawa Hui Yi terancam.
Keajaiban muncul pada 4 Oktober 2007 apabila satu lagi keluarga di Johor Bahru bersedia mendermakan organ ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Pada awal pagi 5 Oktober 2007, sekali lagi Hui Yi dibawa ke bilik pembedahan untuk menjalani pemindahan jantung untuk kali kedua. Keajaiban ini terus kekal dengan Hui Yi semakin pulih dan badannya tidak menolak jantung kedua itu. Walaupun terpaksa hidup dengan mengambil ubat seumur hidup bagi mengelakkan penolakan terhadap jantung barunya, Hui kini dapat hidup sebagai remaja normal dan juga boleh kembali ke sekolah. Tanggal 22 Disember 2007, Hui Yi mengucapkan selamat tinggal kepada para doktor dan kakitangan IJN selepas dibenarkan pulang ke rumah untuk

menyambut perayaan Krismas bersama keluarganya.
Fatwa-fatwa di Malaysia Berkaitan
Pendermaan Organ
|
|
1965
|
Fatwa negeri
Perlis mengharuskan pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal
dunia
|
1970
|
Majlis Fatwa
Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada
penderma hidup
|
1989
|
Majlis Fatwa
Kebangsaan menerima diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian
|
1995
|
Majlis Fatwa
Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit
|
1997
|
Fatwa negeri
Sarawak mengharuskan pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma
yang telah meninggal dunia
|
No comments:
Post a Comment
Semoga perkongsian ilmu ini diberkati.
Note: only a member of this blog may post a comment.