Monday 10 October 2011

Wirid Cinta Kepada Allah

Wirid Cinta Kepada Allah ~ Amalan dan Kelebihan
by MUSTREAD Sdn Bhd
Terima sebungkus kiriman Pos Ekpress di atas meja pejabat hari ni, seronok nya bila dibuka, rupanya 2 buah buku yang baru saya pesan dari syarikat Must Read Sdn Bhd, dan khidmat syarikat tersebut memang menakjubkan. Saya report kegagalan membuat pembayaran disebabkan masalah sistem, dan pada petang itu juga saya dapat feedback, dan alhamdulillah, pembayaran berjaya dibuat dengan segera. 


Apa yang istimewa dengan buku ini? First of all, it is like a pocket book, saiz yang sederhana dan ketebalan yang sederhana. Untuk muallaf seperti saya, buku ini memang menakjubkan kerana segala amalan doa dan wirid dalam buku ini, 50% disertakan 'ejaan' rumi. Penjelasan dalam buku ini pun tidak menggunakan bahasa yang terlalu mendalam sehingga sukar difahami. Tidak ramai di antara kita yang mengamalkan wirid setiap hari, apa lagi nak katakan setiap kali solat. Mudah-mudahan dengan sharing buku ini, kita semua mendapat manfaat dan pelajaran, insyaallah. 


The introduction of this book:
Allah berfirman : " Ingatlah kepadaKu nescaya aku akan mengingatimu". 
Wirid adalah tanda cinta seseorang kepada Penciptanya. Balasan cinta dari Allah kepada kekasihnya terlalu banyak. Tanda Allah cinta keapda kekasih yang selalu mengingatiNya ialah dengan cara memeliharanya, mengampunkannya, menjauhkannya dari azab api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga yang kekal abadi. Wirid adalah bait-bait cinta kepada Allah. Ungkapkanlah! Pasti cintamu berbalas. 


Buku ni beli dari website MUST READ dengan harga diskaun RM14.37. Harga pasaran ialah RM 16.90. 


Jom membaca! You are what you read and make sure you only read the best to become the best! "Apabila kita membeli buku yang bermanfaat, tiada istilah membazir." Petikan dari buku Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah. 

Thursday 6 October 2011

AURAT MAHKOTA WANITA


PENULIS
:
RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI / HALIZA HJ. ARIS


MUST READ SDN BHD 


Baru beli buku ini kat MPH semalam, buku ini very compact, ringkas tapi padat.  Saiz buku yang sedikit kecil dari saiz buku biasa juga memudahkan saya untuk membawa ke mana-mana dan memberikan saya kebebasan untuk membaca di mana-mana jua. Walaupun hanya dengan ketebalan 150 muka surat, ilustrasi dan isi kandungannya mudah difahami (works on me as mualaf). Cara penyampaian buku ini juga sangat santai dan 'ringan'.

Most of us dah tahu apa itu aurat dan masing-masing ada cara untuk memelihara mahkota dan kehormatan yang Allah berikan kepada kita sebagai wanita. Adalah baik juga kita menghadiahkan buku ini kepada kawan-kawan atau adik beradik... Sama-sama kita perbaiki penjagaan kehormatan kita sebagai wanita, insyaallah.

Sedikit ringkasan dari buku ini:

Aurat adalah kehormatan wanita yang perlu dipelihara. Allah s.w.t. telah menjadikan wanita ini cantik dan menarik. Oleh yang demikian setiap wanita perlu mempertahankan kecantikan ini dan bersyukur di atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah bukan menyalahgunakannya.

Islam amat menyayangi wanita sebeb itulah Islam menggariskan beberapa ketetapan dan penduan agar kemuliaan dan kehormatan wanita dijaga dengan baik. Islam tidak menghalang perkembangan fesyen tetapi fesyen perlu mengikut kehendak syarak yang akhirnya ia akan memelihara wanita dari diganggu dan dieksploitasi.

Fiki-fikirkanlah... ...


Contoh kandungan buku ini:


Buku yang comel tapi berinformasi..... Love it!
Harga buku yang comel ini sangat berpatutan, hanya RM 16.90 sebuah.
 Jika ada yang sempat membeli di MPH sebelum 13 Oktober 2011,
masih berpeluang menikmati 30% discount!!