Monday, 10 October 2011

Wirid Cinta Kepada Allah

Wirid Cinta Kepada Allah ~ Amalan dan Kelebihan
by MUSTREAD Sdn Bhd
Terima sebungkus kiriman Pos Ekpress di atas meja pejabat hari ni, seronok nya bila dibuka, rupanya 2 buah buku yang baru saya pesan dari syarikat Must Read Sdn Bhd, dan khidmat syarikat tersebut memang menakjubkan. Saya report kegagalan membuat pembayaran disebabkan masalah sistem, dan pada petang itu juga saya dapat feedback, dan alhamdulillah, pembayaran berjaya dibuat dengan segera. 


Apa yang istimewa dengan buku ini? First of all, it is like a pocket book, saiz yang sederhana dan ketebalan yang sederhana. Untuk muallaf seperti saya, buku ini memang menakjubkan kerana segala amalan doa dan wirid dalam buku ini, 50% disertakan 'ejaan' rumi. Penjelasan dalam buku ini pun tidak menggunakan bahasa yang terlalu mendalam sehingga sukar difahami. Tidak ramai di antara kita yang mengamalkan wirid setiap hari, apa lagi nak katakan setiap kali solat. Mudah-mudahan dengan sharing buku ini, kita semua mendapat manfaat dan pelajaran, insyaallah. 


The introduction of this book:
Allah berfirman : " Ingatlah kepadaKu nescaya aku akan mengingatimu". 
Wirid adalah tanda cinta seseorang kepada Penciptanya. Balasan cinta dari Allah kepada kekasihnya terlalu banyak. Tanda Allah cinta keapda kekasih yang selalu mengingatiNya ialah dengan cara memeliharanya, mengampunkannya, menjauhkannya dari azab api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga yang kekal abadi. Wirid adalah bait-bait cinta kepada Allah. Ungkapkanlah! Pasti cintamu berbalas. 


Buku ni beli dari website MUST READ dengan harga diskaun RM14.37. Harga pasaran ialah RM 16.90. 


Jom membaca! You are what you read and make sure you only read the best to become the best! "Apabila kita membeli buku yang bermanfaat, tiada istilah membazir." Petikan dari buku Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah. 

No comments:

Post a Comment

Semoga perkongsian ilmu ini diberkati.

Note: only a member of this blog may post a comment.