Wednesday 28 September 2011

Pengaruh Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia





PENGARUH ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA DARI SUDUT PERLEMBAGAAN, PENDIDIKAN, KEBUDAYAAN DAN BAHASA

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
(CTU 151)
 MILIK : NURUL AISYAH YAP



ISI KANDUNGAN
 
   1.   PENDAHULUAN
TEORI KEDATANAGN ISLAM DAN FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA
   2.   ISI-ISI:
2.1       PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
2.3    PERANAN DAN PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA
2.4  PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM KEBUDAYAAN MALAYSIA
2.5       PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM BAHASA DI MALAYSIA
2.6       PENGHAYATAN PENGARUH ISLAM DALAM PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN MALAYSIA
3.     KESIMPULAN
4.   RUJUKAN


PENDAHULUAN
Tamadun Malaysia sebelum kedatangan Islam, menerima lebih pengaruh yang berasaskan kepada kepercayaan unsur ajaran hinduisme, animisme, buddhisme, dinammisme, hyang, premis dan lain-lain. Namun, setelah perkembangan Tamadun Islam sedunia, Malaysia tidak terkecuali dalam mengikut ajaran Sunnah yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad dan cara hidup rakyat Malaysia sejak 12 Masihi lagi telah terbukti adalah berpaksikan kepada ajaran Islam.
      Terdapat pelbagai teori yang telah dikaitkan dengan perkembangan ketamadunan Islam di Malaysia, antaranya adalah teori kedatangan Islam daripada Arab, Cina dan India. Professor C.A. Majul menyatakan bahawa penguasaan pedang dari Arab yang telah memonopoli perdagangan di rantau India, Mesir dan Asia Tenggara bertanggungjawab ke atas penyebaran Islam di Alam Melayu dan Asia. Antara kesan yang masih wujud pada hari ini adalah seperti nama-nama hari yang telah diadaptasikan penggunaan dalam Bahasa Melayu seperti Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan sebagainya juga asalnya daripada perkataan Arab.
      Manakala Professor S.Q Fatimi pula berpendapat bahawa penyebaran Islam sehingga membawa ketamadunan di Malaysia berpunca dari negeri China. Menurut beliau, pada 876 Masihi terdapat perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton akibat berlakunya pemberontakan. Dan orang-orang Islam tersebut terpaksa merantau sehingga ke nusantara. Hubungan diplomatik Malaysia dengan China yang telah lama terjalin juga, secara tidak langsung, mendorong kepada penyebaran Islam di Malaysia, tambahan pula, agama Islam telah lama dianuti oleh masyarakat China.  Terdapat beberapa kesan yang visibel terdapat di Malaysia yang menyokong pendapat Prof. S.Q Fatimi. Contohnya seperti senibina masjid yang berbentuk seperti pagoda, iaitu corak senibina utama kaum China, yang terdapat di Melaka dan sekitar kepulauan Jawa. Tembikar bertulisan khat Al-Quran juga menjadi bukti kukuh yang menyokong kedatangan Islam ke Alam Melayu dan Malaysia adalah menerusi orang Cina.
      Tidak terkecuali juga sebahagian besar tokkoh yang menyatakan bahawa Islam dibawa ke Malaysia dari negara India. Berdasarkan teori tersebut, pedadang India yang beragama Islam berdagang ke kepulauan Melayu turut menyebarkan agama Islam kepada masyarakat tempatan.  Antara kesan yang menunjukkan bahawa Islam di Malaysia datangnya dari India adalah bilangan India Muslim yang tidak kurang jumlahnya di Malaysia ini, dan juga mazhab yang dianuti oleh muslim di nusantara secara amnya, adalah sama dengan mazhab yang dianuti oleh majoriti Islam di India, kesusteraan Melayu juga menampakkan unsur tradisi Islam di India.
      Perkembangan pesat Islam di Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak adalah kesucian, kemurnian serta keagungan Islam itu sendiri.


2.1       PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kedatangan Islam ke Malaysia telah banyak mencorak kehidupan masyarakat serantau. Salah satu kesannya kepada Malaysia sebagai sebuah Negara yang bermasyarakat majmuk adalah pada teras undang-undang, iaitu Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Kenyaataan pengaruh Islam terhadap Malaysia jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1, Perkara 3 mengenai Ugama bagi Persekutuan.
Contohnya Perkara 3(1): “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.” Perkara tersebut bermaksud agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama, sifat Islam yang mulia membentuk perlembagaan dan Negara Malaysia supaya mengizinkan hak-hak orang bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-masing. Peruntukan ini bukan sahaja mengakui agama Islam sebagai agama yang agong, tapi juga memberi ruang dan kebebasan kepada rakyat berbilang kaum untuk mengamalkan agama masing-masing di Negara ini.  

Selain daripada penetapan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, terdapat juga peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah menyatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama di Malaysia dan kerajaan haruslah mengadakan peraturan mengenai hal ehwal agama Islam dan menubuhkan sebuah Majlis untuk memberi nasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubung kait dengan agama Islam. Perkara 3 (5), Perlembagaan Persekutuan: “Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang Di-Pertuan Agong hendaklah menjai Ketua Agama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam.” 

Manakala Perkara 12 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa : “Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuh dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana undang-undang berkaiatan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.” 

Dengan peruntukan-peruntukan Perkara 3 dan Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, boleh disimpulkan bahawa dasarnya agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan. Dengan itu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunya kuasa untuk menyelenggara dan menubuhkan kemudahan dan institusi Islam. Contoh penubuhan institusi Islam adalah seperti penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pembinaan surau-surau dan masjid-masjid di seluruh Negara untuk kemudahan rakyat melaksanakan aktiviti keagaamaan. Selain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan juga mempunyai hak istimewa untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan membantu dan melaksanakan pengajaran agama Islam. Contohnya seperti penubuhan Sekolah Agama, PERKIM dan sebagainya.


2.2       PERANAN DAN PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Kedatangan Islam ke Malaysia telah membawa impak yang amat besar kepada pendidikan di Negara ini. Pengaruh Islam bukan sahaja boleh dilihat pada institusi pendidikan dan strukturnya seperti madrasah, sekolah agama, universiti teras Islam dan sebagainya di Negara ini, malah, juga boleh dilihat dari segi aspek ilmu yang diajar seperti ilmu syariah yang meliputi bidang seperti usuluddin, fiqah dan tasawuf, serta guru-guru dan murid-murid yang menuntut ilmu agama Islam, di mana guru-guru pada zaman kedatangan Islam di tanah Melayu kebanyakan terdiri daripada bangsa Arab, Turki, India dan sebagainya. Manakal murid-murid yang menuntut pula meliputi segenap lapisan masyarakat, dari raja-raja sehingga ke rakyat jelata. Berkat perkembangan pesat dan pengaruh mendalam agama Islam dari segi pendidikan di Tanah Melayu, maka lahirlah ulama berbangsa Melayu seperti Nuruddin al-Raniri dengan kitabnya Hidayah al-Iman dan Sirat al-Mustaqim.
Sistem pendidikan Islam di Malaysia merangkumi pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan formal adalah pendidikan yang didapati dari institusi pendidikan agama seperti sekolah, surau, madrasah dan sebagainya. Sistem pendidikan formal berasaskan bidang pengajian Islam sepeti fiqah, tafsir, sejarah Islam, tauhid dan akhlak.
Manakala pendidikan tidak formal pula adalah pengajaran yang berlaku secara langsung dalam kehidupan seharian seseorang muslim tersebut. Pendidikan jenis tidak formal ini merangkumi cara berfikir, amal, kercergasan muslim dalam bidang ekonomi dan sebagainya. Pendidikan tidak formal biasanya diberi secara lisan dan diwarisi turun temurun.

Empat pencapaian awal bidang pendidikan Islam di Malaysia adalah seperti berikut:
(i)            Kelahiran nashkah-naskhah Melayu. Naskhah-naskhah tersebut dicetak dalam tulisan Arab, iaitu bahasa al-Quran. Naskhah-naskhah tersebut merangkumi bukan sahaja bidang agama Islam, tetapi juga meliputi bidang pemerintahan, ilmu falak, kemasyarakatan dan sebagainya. 

(ii)          Kewujudan institusi pendidikan agama Islam. Selaras dengan peruntukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk menubuhkan institutsi pendidikan agama Islam bertujuan membangunkan umat Islam di Malaysia serta memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk melihat luasnya bidang pengajian Islam dan pendidikan yang boleh didapati berteraskan Islam. Institusi pendidikan agama termasuklah istana, surau, masjid, madrasah, sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Islam, pusat-pusat latihan dakwah, Institut Kemahiran Islam Malaysia, pembiayaan kerajaan untuk kelas-kelas fardhu ain dan sebagainya. Kewujudan institusi pendidikan agama Islam di Negara in yang bagai cendawan tumbuh adalah simbolik kepada kekuatan dan kedalam pengaruh Islam terhadap pendidikan di Negara ini. 

(iii)         Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam. Pasa asalnya, pendidikan agama Islam diberikan kepada sultan-sultan dan kerabat diraja di istana. Pengaruh Islam telah mendorong sultan untuk mengarahkan ulama-ulama Melayu dan ulama asing untuk bekerjasama menterjemahkan al-Quran kepada Bahasa Melayu. Usaha ini adalah untuk menerangkan lagi isi kandungan kitab suci tersebut serta memudahkan masyarakat Malaysia untuk merujuk al-Quran untuk setiap urusan dan permasalahan.

(iv)         Kemunculan golongan intelektual. Penyebaran luas agama Islam serta falsafah agama di rantau Melayu amnya dan Malaysia khasnya, telah berjaya melahirkan golongan intelektual yang terdiri daripada bangsa Melayu sendiri. Hal ini kerana pengajaran agama Islam itu sendiri yang syumul dan mudah, masyarakat Melayu lebih mudah menerima didikan agama Islam dan oleh kerana ciri-ciri unik agama Islam sendiri, telah mendorong masyarakat Melayu untuk berusaha sehingga lahirnya golongan intelektual tanah air sendiri. Dan golongan intelektual inilah yang menjadi tunjang kepada kemerdekaan dan pembangunan Negara. Pendidikan dan ajaran Islam juga telah menjadi rujukan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, malah di sekolah, tiada had dan paksaan bahawa hanya pelajar Islam sahaja yang boleh mempelajari ilmu tersebut. Maka tidak hairanlah apabila ada masyarakat bukan Islam yang mahir selok belok undang-undang Islam di Malaysia serta cara hidup orang Islam di Malaysia. Oleh kerana pengaruh dan peranan Islam dalam system pendidikan Malaysia, membolehkan masyarakat majmuk di Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni kerana wujudnya persefahaman.

2.3  PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM KEBUDAYAAN MALAYSIA
Kebudayaan sesuatu masyarakat terdiri daripada beberapa aspek seperti: kesenian, adat istiadat, cara hidup dan juga nilai-nilai asas masyarakat tersebut. Begitu juga apabila menilai peranan dan pengaruh Islam dalam kebudayaan Malaysia, adalah lebih baik dinilai dari semua segi dan aspek kebudayaan.

(i)            Kesenian
Pengaruh Islam terhadap aspek kesenian dan budaya Malaysia dapat dilihat pada perkembangan kaligrafi, pembinaan masjid, makam dan batu nisan. Contoh batu nisan terawal yang mempunyai nilai Islam adalah batu nisan Syeikh Abd al-Qadir bertarikh 903 di Kedah. Masjid di Malaysia pula mempunyai ciri-ciri Islamiah yang tidak ternilai keunikan serta kehalusan seni binaan Islam. Contohnya seperti mihrab, mimbar dan juga hiasan setiap sudut dalam masjid yang dihias dengan seni kaligrafi Islam yang dipetik daripada ayat-ayat suci al-Quran. Kedatangan Islam di Malaysia juga telah mencorakkan kesenian Negara ini dan menggabungkan kesenian bangsa-bangsa di Malaysia. Contohnya seperti pembinaan Masjid Kampung Hulu di Melaka yang senibina uniknya terbina dari gabungan kesenian Islam dan seni bina Cina. 

(ii)          Adat Istiadat
Kedatangan Islam di Malaysia telah melengkapkan adat istiadat Malaysia yang memang kaya dengan intisari peradaban. Malah, Islam itu sendiri telah membentuk teras bagi identiti / status Melayu. Jika dirujuk kepada perlembagaan Malaysia, seseorang warga Negara Melayu adalah orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. Agama Islam yang mencintakan kedamaian dan keharmonian juga membolehkan bangsa-bangsa lain di Negara ini untuk mengamalkan adat istiadat masing-masing tanpa merisaukan dikenakan tindakan atau hukuman. Selain daripada itu, pengaruh Islam juga boleh dilihat dari segi adat dan cara perkahwinan orang-orang Islam di Malaysia, kaum Melayu khasnya. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Melayu lebih mengamalkan cara dan adat Hindu, iaitu agama terawal yang telah diperkenalkan kepada rantau Melayu. Contoh budaya Hindu yang diamalkan seperti upacara menepung tawar pengantin pada kenduri kahwin. Penyerapan agama Islam telah mengubah kebanyakan orang Melayu di Malaysia dari segi adat perkahwinan, dan ramai yang sedar tentang kebertentangan adat menepung tawar dengan ajaran Islam, maka meninggalkan adat tersebut. 

(iii)         Cara Hidup
Cara hidup masyarakat Malaysia sebelum menerima pengaruh dan penyerapan nilai Islam, kebanyakannya berasaskan kepada budaya asas ideology penjajah. Contohnya seperti perbezaan kelas sosial dalam masyarakat. Setelah kedatangan Islam, yang membawa nilai akidah yang tinggi, tembok kelas sosial dapat diruntuhkan dan masyarakat berbilang kaum dan kedudukan boleh berkumpul bersama. Islam telah memperkenalkan sistem khilafah yang adil dan bersistematik, di mana sistem ini adalah berkonsepkan keadilan tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Antara kesannya boleh dilihat melalui perlantikan perwakial Legislature (Perundangan) di Malaysia yang mengamalkan kebebasan dan hak pengundi. Setiap undian dikira dengan adil dan saksama dan rakyat diberi hak untuk memilih pemimpin masing-masing. 

(iv)         Nilai-nilai Asas Masyarakat
Islam mempengaruhi nilai dan asas kehidupan segenap masyarakat di Malaysia. Antaranya adalah penerapan nilai-nilai keimanan yang dapat memperkukuhkan akhlak rakyat dalam Malaysia. Contohnya seperti ketakwaan dan keimanan kepada Allah swt., hormat dan taat kepada pemimpin, patuh kepada undang-undang, bermuafakat, meraikan tetamu, hormati orang yang lebih tua dan sebagainya. Sebelum kedatangan Islam, rakyat kebanyakannya hidup isolated iaitu terasing. Masing-masing mengamalkan cara hidup hasil teladan daripada asas adat dan budaya masing-masing. Namun, kedatangan Islam telah berjaya menyatupadukan rakyat dan penerapan nilai-nilai Islam dapat dihayati oleh semua warga Malaysia.

2.4       PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM BAHASA  DI MALAYSIA
Sebelum kedatangan Islam di Malaysia, bahasa dominan di Tanah Melayu adalah bahasa Jawab dan Melayu Kuno. Dan Bahasa Sanskrit pula telah dijadikan sebagai bahasa ilmu. Setelah kedatangan Islam di Malaysia, bahasa Arab telah dijadikan sebagai bahasa perantara. Manakala bahasa-bahasa Arab juga diadaptasi dan digunakan bersama-samaan dengan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Contohnya seperti nama hari iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan sebagainya. Nama-nama benda juga banyak diadaptasi dari bahasa Arab, seperti kitab, surat dan sebagainya. Dan bahasa-bahasa ini bukan sahaja digunakan oleh umat Islam di Malaysia sahaja, malah telah dijadikan sebahagian daripada bahasa rasmi Negara, iaitu Bahasa Melayu yang ditutur oleh setiap lapisan masyarakat.

2.5 PENGHAYATAN PENGARUH ISLAM DALAM PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN MALAYSIA
Status agama Islam yang telah diangkat dan ditetapkan sebagai agama rasmi Persekutuan di Malaysia telah memberi impak kepada aplikasi Islam dalam pelbagai aspek kehidupan di Malaysia. Contohnya seperti bidang sosila, ekonomi, sistem politik dan pentadbiran, dan pendekatan Islam Hadhari yang telah diperkenalkan kepada setiap rakyat Malaysia. Bukan sahaja begitu, dari segi akidah,undang-undang serta sastera juga dapat dilihat kesan daripada pengaruh Islam di Malaysia.

Istana Kehakiman di Putrajaya yang berciri-cirikan seni bina Islam

KLCC – direka oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang juga berciri-cirikan Islam



3.0       KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa kedatangan Islam di Malaysia telah banyak mencorakkan bukan sahaja kehidupan umat Islam di Malaysia, tetapi juga rakyat bukan Islam di Malaysia. Hanya dengan mengimbau perkembangan tamadun di Malaysia dan peranan agama Islam di Malaysia itu sendiri dapat membantu seseorang muslim untuk mengenali identiti dirinya dengan lebih baik, dari aspek keagamaan dan kenegaraan. 

Sebelum kedatangan Islam, tamadun Malaysia bermula dari asas yang rapuh dengan kepercayaan masing-masing yang terbina daripada elemen-elemen yang dicipta oleh menausia sendiri. Dan setelah dijajah oleh beberapa kuasa asing ke atas Tanah Melayu, menyukarkan lagi perpaduan dan penyusunan struktur tamadun di Malaysia. Dengan kedatangan Islam, Malaysia setelah merdeka telah beridentitikan Negara Islam, nilai-nilai Islam telah diserapkan ke dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat di Malaysia. 

Dengan petunjuk dari agama Islam, Malaysia mampu membangun dengan pesat dan harmoni. Rakyatnya pula bertolak ansur dan sentiasa mengamalkan nilai muafakat dan saling hormat-menghormati hak orang lain. Dengan berteraskan Islam juga, hak dan kebebasan setiap kaum sentiasa terpelihara. Nilai yang murni ini berasas daripada agama Islam dan boleh dirujuk seperti dalam Perlembagaan, Perkara 8(1) yang memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Perkara 8(2) :” Tidak boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama…” 

Kesan pengaruh Islam di Malaysia bukan sahaja meliputi subjek yang luas, tetapi juga membolehkan Negara Malaysia sebuah Negara yang telah mendapat penghargaan dan penilaian sebagai sebuah Negara majmuk yang paling aman dan harmoni di dunia. Malah terdapat warga asing yang ingin menyelami akar umbi keharmonian tersebut, dan apabila menemui jawapannya, agama Islam lah teras pembangunan dan perpaduan di Malaysia.
Tamadun Islam membawa hanya kebaikan kepada pembangunan sesebuah Negara. Jika hendak memperkukuhan martabat dan tamadun Malaysia, haruslan berpaksikan kepada ajaran agama Islam dan nilai-nilai Islam itu sendiri.

















4.0 RUJUKAN
         I.    Modul pembelajaran CTU 151: Pemikiran dan Tamadun Islam, InED, UiTM
       II.    Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam, terbitan IKIM,2005
      III.    Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros, Buku Teks Tamdun Islam dan Tamadun Asia, Oxford Fajar, 2009
     IV.    Pengantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam, UiTM
      V.    Perlembagaan Persekutuan, Cetakan Hingga 1 Mac 2010, ILPS
     VI.    http://en.wikipedia.org/

38 comments:

  1. Buat pengetahuan kakak, saya telah mengambil maklumat ini untuk 'open book test'. Terima kasih kerana sudi kongsi maklumat ini. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome. Sharing is caring :) Hope I can help more.

      Delete
  2. saya pon kak!sangaaat membantu!setelah mencari seharian..fuuh legaa..tq krana memahami...

    ReplyDelete
  3. akak boleh saya ambil maklumat ni untuk open book test?

    ReplyDelete
  4. saya nak copy and paste untuk bahan assignment . bleh bagi saya x???

    ReplyDelete
  5. saya nk copy and paste untuk bahan assignment . boleh x bagi kpd saya??

    ReplyDelete
  6. salam...sy nk mnte izin tuk copy sbgai rjukan

    ReplyDelete
  7. salam.. akak nk tnye la kalo akak ade maklumat psl pengaruh barat terhadap pentadbiran malaysia.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...sye nk copy untuk idea blh x?
    blh sye tnye...mcm mne nk cari bhn untuk tajuk penghayatan nilai-nilai islam di malaysia?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...mohon copy idea boleh.....heheee ^^

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam kepada rakan-rakan semua, silakan rujuk jika bahan-bahan saya yang tak seberapa ni boleh membantu anda semua dalam pembelajaran, saya beri dengan ikhlas. Namun setelah menerima nasihat dari para pensyarah, adalah lebih baik saya tidak lagi meng-emelkan nota2 ini kerana ada sesetengah pihak yang mengambil bulat2 nota tersebut untuk assignment/menjawab iClass. Saya mohon maaf ke atas kelewatan membalas komen2 anda semua. Jika boleh, sila isikan ruangan Feedback yang berada di bar atas lengkapkan dengan email saudara dan saudari supaya memudahkan saya menghubungi anda semua. Sekali lagi ingin saya katakan, terima kasih ke atas sokongan anda semua dan silakan ambil mana2 nota atau rujukan yang sesuai untuk para saudara dan saudari. Salam ukhuwah dan selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ..saya nak copy untuk bhan assignment .bleh x ?

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..mintak copy boleh tak?

    ReplyDelete
  13. Waalaikumsalam, Yah NHkz dan damia, boleh print terus dari blog ini dengan cara ctrl+p dan save dalam bentul pdf.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum kak.. blh ke saya nak copy?

    ReplyDelete
  16. saya nk copy and paste tk assignment sy , blh x ?

    ReplyDelete
  17. asalamualaikom kak say nak amik sedikit isi didalam artikal ini untuk mnambah maklumat maklumat asighman saya boleh tak akk emeil kan kpada say... clubttgi_muiz@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. kak,boleh kak kongsi ilmu ini dengan membenarkan saya copy?saya mahu buat assignment saya

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum... akak, bantulah saya, izinkan saya berkongsi ilmu yg bermanfaat ini untuk dijadikan sebagai bahan rujukan saya dalam assignment yang telah diberikan..

    ReplyDelete
  20. slm kak. sy nk mntax copy leh? utk exam mid year sejarah k3 :) mntax tlg sesgt

    ReplyDelete
  21. assalam kak bley x saya nak copy....pleaseeeeee...ari selasa nie saya exam paper3 sejarah harap
    akak bley bantu sye

    ReplyDelete
  22. assalamualaikom., ^_^ saya nk mintak copy makmlumat ni boleh x akak.? ini mmbantu saya dlm open book tes. tima kaseh. ^_^

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum, saya mohon untuk copy maklumat ini untuk Sejatah K3. Mohon izin ye. Terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  24. Waalaikumsalam, maaf ke atas kelewatan membalas komen anda semua.
    Bagi yang hendak rujuk, silakan, boleh print melalui butang options / tools.
    Bagi yang hendak copy and paste, maafkan saya kerana tidak dapat membantu.
    TERIMA KASIH atas sokongan anda semua.
    SEMOGA SEMUA BERJAYA dan sila kongsikan blog ini bersama yang lain.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum.. aisyah ye. sy nak mohon kebenaran ambil beberapa maklumat topik ni bole? nak bg melalui email ke?

    ReplyDelete
  26. Waalaikumsalam Nabeela, silakan dgn maklumat yang saudari perlukan. Nabeela blh cuba guna google chrome, butang option, click pd print, di window baru nanti, blh tukar drpd print kepada save as pdf. Harap maklumat ini membantu. Terima kasih dan selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  27. terima kasih aisyah atas panduan.. May Allah bless you

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum...sya nk exam sejarah krtas 3 spm...mohon kbnaran utk copy maklumat ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, maaf atas kelewatan membalas. semoga perkongsian ilmu ini diberkati.

      Delete
  29. Salam Sejahtera.....boleh tak saya copy maklumat ini untuk rujukan assingment Titas saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kalau nak gunakan sebagai rujukan sahaja, silakan... semoga perkongsian ilmu ini diberkati.

      Delete
  30. salam..mntak izin nk copy utk siapkn assignment boleh? plsssss...hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Copy paste tak boleh ^o^.. tapi kalau nak gunakan sebagai rujukan sahaja, silakan... semoga perkongsian ilmu ini diberkati.

      Delete
  31. salam saudari..saya nak minta izin copy artikel saudari untuk rujukan maklumat assignment boleh???mohon sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Copy paste tak boleh ^o^.. tapi kalau nak gunakan sebagai rujukan sahaja, silakan... semoga perkongsian ilmu ini diberkati.

      Delete
  32. slm saudari...sya nak minta izin utk copy artikel ni utk tujuan assignment.Boleh ya?..please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Copy paste tak boleh ^o^.. tapi kalau nak gunakan sebagai rujukan sahaja, silakan... semoga perkongsian ilmu ini diberkati.

      Delete

Semoga perkongsian ilmu ini diberkati.

Note: only a member of this blog may post a comment.