Pages

Tuesday, 14 August 2012

Sharing of a real life story:


Kisah Ketabahan Amyra Balqis & Ibunya

Harini saya ingin share kisah benar tentang "Ketabahan Seorang Ibu Yang Menjaga Anaknya Yang Kini Terlantar di Bilik ISO 1, Wad 4D Onkologi & Homotology, HUKM, Cheras Kerana Menghidap Penyakit Kanser Leukemia (Kanser Darah) Tahap 4 dan Kisah Seorang Anak JKecil Yang Begitu Kuat dan Tabah Dalam Menjalani Kehidupannya Yang Begitu Penuh Cabaran dan Kesakitan Dengan Tidak Menitiskan Airmata dan Cuba Mengukirkan Senyuman Kepada Semua Orang..."



Ternyata saya seorang ibu yang kini mempunyai 2 orang anak....Apabila anak saya sakit walaupun hanya demam, saya akan sedih dan xberhenti menitiskan airmata...Saya tak boleh tidur dan x selera makan dan berharap Allah akan sembuhkan anak saya segera...Itu baru sakit yang biasa, ini kan pula sakit yang berat...
Bagaimanakah reaksi aku?Tabah ke aku?Boleh ke ku menghadapinya?
"Ya Allah...Baru ku sedar, tabahnya sis Herna...bagaimana sis Herna boleh tabah dan menghadapi dugaan sebegini Ya Allah...Beratnya mata ku memandang...berat lagi bahu yang memikul Ya Allah...

Sahabat2 mari lah kita hayati sama2 kisah ketabahan anak dan ibu ini....

Comel kan kanak2 di atas ni...ini lah Amyra Balqis, anak cilik yang begitu ceria dan manis sekali...Anak bongsu dari 3 beradik...Sangat manja, peramah dan bijak...Siapa sangka anak secomel,secantik dan sekuat ini menghidap sakit Kanser Leukemia (kanser darah) yang kini sudah tahap 4....

Myra ni dulunya anak yg ceria dan sangat aktif orangnye sehingga saye tidak sedar yg dia ni sakit hingga pada satu ketika dia kerap mengadu letih dan sering kelihatan pucat lesu jer dan menampakkan kesan lebam atau kebiruan di beberapa tempat seperti di betis, lutut dan lain-lain tempat lagi di bahagian badan (macam kene gigit pelesit) orang tua-tua kate....Kalau di ajak berjalan Myra pasti minta dukung...Jika masuk kereta sahaje terus sahaja terlena...Kesian juga pada Myra coz kene marah juga kerana asyik minta dukung coz Myra kan dah besar, tak larat untuk saye dukung sentiasa..Myra ni jarang sakit dan pergi klinik/hospital....Mula dengan demam. Selalunye saya tidak suke ke klinik Kerajaan kerana terpaksa menunggu hampir satu hari semata-mata nak dapatkan rawatan. Saye cume bawa Myra ke klinik swasta sahaja....Makan ubat, baik demam...Ubat habis, selang beberapa hari, Myra demam lagi....saye pun melakukan perkara yg same iaitu pergi semula ke klinik swasta....dah kerap sangat macam ni, saye tak sedap hati coz risau mungkin kene denggi dll kerana kawasan rumah saye ramai yang dah kene denggi...Saye pergi juga klinik kerajaan di Presint 9, Putrajaya. Di sana, dia terus pergi makmal ambil darah Myra kerana Myra dah demam lebih 3 hari...Kali ni, lame pun lame lah....Result darah mendapati Hb, Platlet dan lain-lain lagi semuanya tak normal....Pada mulanya doktor pun saspek denggi. Mendapat surat rujukan agar Myra di bawa ke Hospital Putrajaya yg berdekatan dgn rumah saya. Sampai di sana, Myra sekali lagi di ambil darah. Result mendapati platlet bertambah kurang dan Myra di tahan di wad. Di Hospital, doktor dapati hati dan limpa myra makin membesar dan tidak normal jika dibandingkan saiz seusia dia iaitu lebih 5cm...Doc di Putrajaya mengambil darah lagi sebanyak 8 botol test dan dihantar ke KL. Keputusan mendapati terdapat sel kanser di dalam darah Myra. Untuk mengetahui kanser di tahap mana, doktor memberi saranan agar Myra di rujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Memandangkan di HKL penuh, doktor rujuk kes Myra ke PPUKM, Cheras coz di Hospital Putrajaya tiada kepakaran untuk kes Onkologi & Hematologi kanak-kanak dan chemo. Di sana, doktor telah menerangkan tentang penyakit kanser dan rawatan chemo kepada saya dan suami. Mengambil masa juga untuk mentandatangani proses pengambilan tulang belakang Myra sebelum ni. Semua saudara dan sahabat saye hubungi untuk minta pandangan....Ramai yg memberikan kata-kate negatif takut akan bahayanya jika di ambil sum-sum tulang belakang Myra..boleh lumpuh katenyer...Tapi ... 

Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment

Semoga perkongsian ilmu ini diberkati.

Note: only a member of this blog may post a comment.