Pages

Monday, 26 September 2011

Sahabat dalam Islam

Nabi S.A.W. bersabda, yang bermaksud : 
" Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Mas'ud r.a.)

Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.
Tips memilih sahabat menurut Islam :
  • seseorang itu dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur
  • seseorang itu dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu
Abu Sulaiman Darami rahimaullah berkata, jika kamu suka bersahabat dengan orang yang mempunyai sifat selain daripada dua yang disebut itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya.

Walaupun kebanyakan kita cenderung untuk memilih sahabat yang akan mendatangkan kebaikan duniawi kita, seperti mereka yang mempunyai pangkat tinggi dalam pekerjaan supaya memudahkan kerja kita, ataupun mereka yang mempunyai banyak harta supaya ada tempat kita 'meminta bantuan' apabila perlu, ataupun mereka yang mempunyai banyak 'maklumat' agar kita tidak bosan apabila diajak mengumpat.  Namun, dalam Islam telah disyarankan 2 tips terbaik untuk memilih sahabt, iaitu yang jujur dan yang bertaqwa.

Jadi, sebagai seorang muslim, harulah juga amanah dalam persahabatan kita. Amanah itu adalah iman dan kepercayaan. Maka, bawalah sahabat kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengikut panduan yang ditetapkan dalam syariat, agar kita sama-sama mendapat manfaat di dunia dan akhirat, insyaAllah.



No comments:

Post a Comment

Semoga perkongsian ilmu ini diberkati.

Note: only a member of this blog may post a comment.